Bila Haiwan Pandai Berkata-kata

"Assalammualaikum"

Tuhan telah beri manusia satu anugerah yang tidak terhingga. Kita boleh bercakap, bernafas dan sebagainya. Tapi pernah tak kita fikir yang boleh ke haiwan bercakap? Eh boleh ke ? Mungkin boleh kot kalau kucing dengan kucing cakap sesama sendiri diorang faham kot. Eh ?

Kadang-kadang disebabkan aku ni suka benda yang pelik-pelik. Aku sekarang tengah mengkaji apa perbualan haiwan-haiwan semua ni. Teringin sangat nak tahu apa yang haiwan-haiwan ni semua berbual. Berbual tentang apa ? Lagi-lagi bila kucing bergaduh. Rasa nak tahu je apa yang kucing tuh cakap. Yang aku faham meow.... meow.... meow je.


Salah satu kajian yang aku buat tentang apakah perbualan haiwan-haiwan ini.


Ok fine aku tahu aku buat kajian tak masuk akal.


Setelah membuat kajian apakah perbualan haiwan-haiwan ini. Baru aku sedar yang aku telah berjaya membuat perbualan sesuka hati aku nak letak apa berdasarkan pada reaksi dan mimik muka haiwan tersedut. Kajian aku BERJAYA!!!! Yeahhh!!!!

Restu Ibu bapa Itu SANGAT Penting.

"Assalammualaikum"

Pernah tak fikir macam mana hidup orang di Palestine. Rakan Islam kita, Pernah tak ? Kehidupan yang serba kekurangan dan penuh dengan ketakutan. Walaupun Isreal mengunakan bom tapi Palestine hanya bersenjatakan doa semata-mata.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestine merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestine bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis- ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.





"Ek eleh! Budak ni tadi nak cerita pasal ibu bapa restu tu sangat penting, tapi tiba-tiba cerita pasal israel palestine, Apa kes". Okay SABAR! SABAR! SABAR! Bukannya apa cara kita seolah-seolah macam kita ni tak bersyukur duduk dekat Malaysia. Maksiat itu ini. Tiba masa Allah murka dan negara ditimpa bencana baru menyesal.

Setiap hari buka surat khabar mesti ada kes pembuangan bayi (itu orang bangang namanya). No seriously itulah bila ibu bapa kata jangan buat kau nak buat jugak. Wah ikut cakap kau je lah yang betul yang mak kau pesan tuh semua tak betul?. Bila ibu dah tak RESTU (TAKNAK) maknanya tinggalkan hubungan kau. Takpayah! Jangan sebab sedih kawin lari (Orang kawin duduk kau kawin lari), buat hubungan terlarang sampai mengandung. Then buang anak.


Pernah tak fikir perasaan bila ibu buang kita kat tepi jalan, dekat tong sampah, sumbat dalam mangkuk tandas. Kadang-kadang tak faham lah kononnya cara ini lah jalan yang paling mudah lari daripada cemuhan masyarakat sampai sanggup buang darah daging sendiri. Haiwan pon sayang anak dia sendiri


Malunya kita sebagai manusia dengan seekor BINATANG.... Kalau binatang yang Tuhan tidak berikan akal kepada mereka boleh menyayangi anak-anak mereka, apatah lagi manusia. Binatang pon ada sifat kasih sayang. Sorry lupa pulak ada segelintir manusia takde perasan kasih sayang. Manusia tuh lagi teruk dari bintang kot. Eh bukannya KOT tapi MEMANG KENYATAAN.

DOA MOHON PELIHARA IMAN HINGGA MATI :

(Tadah tangan) "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". AMINN
(Al-Kahfi : 10)

Cara Happy New Year Orang Kita


Alhamdullilah kita semua dah masuk tahun 2013.Excitednya (gedik). Walah sampai masa nak menjelang tibanya tahun 2013 ramai yang keluar konon-konon nak tengok percikan bunga api lah gitu. Wahh nampak bebeno kau takpernah tengok bunga api kan. Mungkin ramai yang ingin terbaik dalam hidup korang dalam tahun ni (siapa je yang taknak kan).

Tapi orang kita ni buat macam-macam azam tapi tak pernah nak lakukan. Alaa mungkin sehari dua masuk tahun baru tuh ada lah buat, tapi lepas tuh terus tak lakukan azam yang dah dibuat. Itu biasa orang kita buat. 

"Tahun ni aku janji nak berubah nak pakai tudung". Tapi selang beberapa hari  tudung hilang entah ke mana. Lagi satu contoh "Tahun ni aku taknak berkapel, Aku kan nak exam katanya". And selang beberapa hari kau terus buat status kat Fesbuk "Hai semua kita boringlah single, ada yang nak kapel dengan kita tak". SO ANNOYING OKAY. 


MASA 31 DISEMBER 2012.......


AZAM TAHUN BARU UNTUK BESOK TAHUN BARU 2013


BILA MASUK 2013, PERANGAI MASIH SAMA MACAM TAHUN 2012


Astargfirullah Al Azim..