Sekolah Dah Kembali 2013

"Assalammualaikum"

Memandangkan saya pelajar SPM yang penuh berwawasan dan penuh kematangan (Wahhh ayat skema) "Weh kau dengar sini budak-budak aku sekarang dah senior" Okay memang kematangan dah mula meresap sejak masuk TINGKATAN LIMA ni *saja nak besarkan tingkatan lima tuh*. LOL.

Sekolah dah mula. Tengok budak-budak form 1 yang akan masuk semua nampak semangat dan berkobar-kobar. Konon matang lettew dengan pendeknye and still rambut belah tepi lagi. Beg pulak macam nak pergi berkelah. Kfine (aku senior yang jahat). Walah nampak sangat aku pon tak sedar diri. Opsss!!

Teruja pon teruja jugak. Azam pon azam jugak. Jangan kau azam lain buat nanti lain. Kononya nak menjadi pelajar contoh tapi masa koku ada kelab, kau lah dulu panjat pagar belakang sekolah. Wow kelas kau boleh buat Kelab Panjat Pagar. Kau presiden kelab eh. Cantik ?

(Google image)

Macam aku dulu-dulu. First day sekolah menengah rasa macam di syurga kerana dapat rasa yang kita dah matang kononnya. Wahh ingat lagi masa nak masuk siap periksa semua barang. Alat Tulis..... DONE. Kasut dah berkapur.... DONE. Beg sekolah dah isi.......DONE. Baju dua minggu sebelum sekolah dah gosok.......DONE (mak gosok sebenarnya). Ok memang teruja. Tapi hanya seketika.

Setiap tahun semua macam tuh. Masuk sekolah berazam nak buat kerja sekolah bagai and last-last 2 minggu lepas sekolah azam entah kemana dan teruja hilang serta merta.


*HAPPY FACE*
Mula-mula boleh lah happykan. Sebab excited nak jumpa kawan. Rindu sekolah, rindu cikgu, rindu makcik kantin, rindu pakgad, rindu boypreng, rindu abang angkat semua kan. Yelah yelah semua dia nak rindu. Ok FAHAM.

TAPI 2 MINGGU KEMUDIAN......(Walah macam sinetron pulak dah)



*ANNOYING FACE* (bunyi guruh)
Masa tulah menyesal, masa tuh jugak lah maki semua orang. Nak maki makcik kantin masak tak sedap, nak maki pakgad orang tua gatal, nak maki cikgu bagi homework sampai tak ingat penat dan letih pelajar, nak maki kawan sebab kacau crush kau, nak maki diri sendiri. "Ya Allah penatnya sekolah, baru dua minggu rasa macam dah sekolah setahun". HAHA kau ni macam-macam Aznil betul lah.

LAST-LAST......


*SAD FACE*
Sedih menagis mengadu dekat mak yang cikgu bagi homework banyak. See ? Teruja sangat dan akhir sekali sedih dan cakap dekat mak "Ibu nak berhenti sekolah". Wah habis masa depan?

PESANAN ABANG SENIOR UNTUK ADIK-ADIK : Happylah dengan masa sekolah ni. Lepas habis sekolah semua kenangan yang indah kita akan kenang sampai bila-bila. Masa tulah menyesal kembali dan cakap "Nak sekolah balik RINDUNYAA". Dah terlambat. 


SEBAB SEKOLAH DENGAN KITA TAK BOLEH DIPISAHKAN SEPERTI SPONGEBOB DAN JUGA PATRICK

No comments:

Post a Comment