Boyfriend Ke Family ?

       Assalammualaikum..
Lama tak buat entri bodo-bodo. LOL

  Kalau dah bercinta, boyfriend didahulukan pencapaian diutamakan. Wow habis family macam mana ? Bila bercinta yang pahit kata manis sampaikan kentut dikatanya wangi. Cukup-cukuplah tak payah nak bercinta yang sungguh-sungguh sampai kata "Aku janji nak kahwin dengan dia". Wah sejak bila kau tahu jodoh kau?

             "Janganlah kita terlalu taksub dengan cinta. Bila ber'couple' kiranya "Dialah satu   satunya lelaki terakhir buatku. Wow statement kau. Kadang-kadang pelik sampai begitu sekali tarikan cinta si lelaki. Oppss saya pun lelaki"


"Teringinnya nanti nak jadi makmum dalam solat awak bila kahwin nanti". Walah ayat dia. Gila tak kelas kan?. Entah kahwin entah tak sampai ke situ fikirannya. Bila parents ajak solat sama-sama "Solatlah dulu nanti orang solatlah". Nampak tak permainan dia kat situ ?

"Sayang jom I nak ajak you dinner malam ni, muah". Bila dapat text macam ni daripada boyfriend terus buat status and tweet dekat FB dengan Twitter "Tak sabar nak keluar kejap lagi dengan my bie, jangan jelly". Walah habis parents buat macam-macam tak ke status or tweet pon.

Bila parents call "Okay lah bu,, busy ni. bye". Tapi dengan pakwe "Okaylah bie, busy ni nanti kita call lagi eh. Beratnya hati nak letak call ni. Rasa macam buat bie terluka. Takpelah busy pon busy lah nak cakap dengan bie jugak sebab tanpa bie, I tak boleh hidup". Walah tiba-tiba sejak bila tanpa dia tak boleh hidup kau. Makanan? Udara? Pentingkan?. Oppss! Sorry sorry bie lagi penting. Lupa pulak sorry.


MORAL : Tak perlulah nak bercinta sampai mengharapkan benda yang entah terjadi ke tidak. Sebagai manusia kita hanya merancang yang lain Tuhan yang tentukan. Kerana cinta yang terlalu dalam sampai lupa Tuhan dan parents semua. So girlfriend, tak payah nak mengharap uolls nanti putus terus kecewa.

No comments:

Post a Comment