Cemerlang Dalam SPM


Bismillahirrahmannirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tahukah kita bahawa dengan mengucap Bismillahirrahmanirrahim banyak-banyak nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta bukan tuh sahaja uolls, kita dapat jugak diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi (yakni Malaikat) dan alam yang rendah (yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di dunia ini). Keren bangat dey lorh. 

Selamat Pagi Malaysia(SPM). Hari ni nak becok-becok pasal exam SPM (2013) yang bakal aku tempuhi. Wah semangat gitu. Yang penting aku kena, eh maksud aku kita semua akan cemerlang untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM bukan?. Maknanya lepas ni takdelah nak layan Drama Korea yang romantis balik lepas ni sebab aku kena study *nagis*. Tapi takpe setahun kena berusaha pasti akan membuahkan hasil nanti. SABAR-- SABAR--SABAR.


Sejarah tingkatan 3 biarkan dia pergi. Campak buang jauh-jauh dekat gaung biar dia tak melunturkan semangat nak SPM semua A sebab keputusan PMR aku teruk (bukan teruk tapi tak gempak). Tatkala rakan sekelasku bergumbira bersama-sama menikmati kesedapan dan kerangupan 8A aku hanya duduk diam *bunyi cengkerik* kerana hanya mendapat 6A 2B je (Ayat mintak simpati). Apa yang B ? Yang pasti B ialah Sejarah, see? nampak bebeno aku ni benci fakta bagai (Nyampah tau) and Bahasa Inggeris sebab aku tersalah buat karangan format lain apa yang dia nak. Sodih den macam ni.

Lepas ni memang dah tak sanggup nak ada huruf 'B' dekat slip keputusan SPM nanti. Nak huruf 'A' je yang tertulis dia atas slip keputusan SPM nanti. Nak semua A woi kau dengar tak?. Tapi bukan senang sebab banyak cabaran yang kena tempuhi. Yelah remaja heboh dengan Twitter, Facebook, Youtube, TV achaner tuh aku nak study kan. Fuhh DUGAAAAAAAAAN. DUGAAAAAAAAN. DUGAAAAAAAAAN. So apa yang perlu aku buat

                                                                         ******************************
CARA-CARA NAK BERJAYA SPM :
  1. Belajar, belajar dan belajar sampai lupa daratan
  2. Lupakan media massa (TV, Internet, radio dan etc)
  3. Tak lupakan Allah, jika ilmu tinggi-tinggi akhlak rendah tak guna (Allah tarik ilmu kang. Nak?)
  4. Tanya cikgu kalau tak faham *WAJIB*
  5. Buat banyak latihan serta tengok kertas peperiksaan tahun-tahun lepas.
  6. NO COUPLES-KAPEL eh?

*  INSYAALLAH STRAIGHT A PASTI DALAM TANGAN KITA*






1 comment: